Unit 3: Kesultanan Melayu Melaka
Subtopik-Pengasasan Melaka
Tahniah kepada semua murid-murid yang dikasihi Allah sekalian, kerana anda berjaya membuka pautan laman sesawang Kajian Tempatan tahun 5 ini. Bertemu kita diruang alam maya ini.
Bagaimana dengan tadarus anda hari ini, jangan lupa isi borang Al-Quran sepanjang zaman yang telah diedarkan Muallim Zulkefli sempena Bulan Syariah. Semoga ramai anak-anak Insan Rabbani Al-Amin Bangi dapat khatam tadarus Quran bulan Ramadan ini.
Ok, kembali kita ke tugasan topik yang telah muallim maklumkan dalam kelas.
Ahaa... \(0_0)/
A)Berdasarkan sesi pembelajaran berkenaan topik ini sila jawab soalan-soalan berikut:
1. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?
2. Dari manakah Parameswara berasal?
3. Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Palembang ke Temasik?
4. Bilakah Parameswara membuka Melaka?
5. Apakah peristiwa yang menyebabkan Parameswara menganggap Melaka sebagai tempat yang istimewa?
*Sila berikan jawapan anda di dalam buku nota/ latihan masing-masing.
B) Bagi mengukuhkan ingatan dan ulangkaji berkenaan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka, sila lukis, tulis dan warnakan peta 3.1 di muka surat 52 (Buku Teks Kajian Tempatan)
*Lukis di buku nota/latihan masing-masing. Jangan lupa kemaskan lukisan anda dengan warna cantik-cantik dan label tempat-tempat.
No comments:
Post a Comment